Thursday, March 22, 2012

- Dunia baru -

Suda lama kot tak hapdet ruangan maya neh.
So, where to begin.. ?
Banyak sangat yang dah berubah.
tapi yang penting, Alhamdulillah atas nikmat rezeki dikurniakan dariNya.

Aku dah dapat keje tetap kat Sunway medical Centre.
Tak kisa jadi cleaner pun. yang penting gaji halal. hehe

bile dah start kerja ni, semuanya pengalaman baru untuk aku.
bermastautin kat negeri orang. jumpa macam-macam ragam manusia.
benda baru yang diajar dan dipelajari.

aku janggal for the first 3 weeks.
tanpa TV, tanpa radio atau sebarang alat canggih komunikasi selain dari handphone nokia 3310 aku.
keinginan untuk balik kampung sangat tinggi.
tapi aku tabahkan hati sebab aku sedar, aku pikul harapan mak ayah aku.
mereka bersusah payah datang hantar aku sampai ke sini.
air muka gembira mereka bila aku dapat keje kat hospital ni. sangat bermakna bagi aku.

aku tanamkan niat untuk terus kekal di sini.
meninggalkan kekasih hati di sana.
meninggalkan rakan-rakan seakrab.
aku redha kerana aku mencari rezeki di sini.

gaji tak banyak tapi aku bersyukur dengan bonus yang menanti.
sekurang-kurangnya aku dapat bayar PTPTN, aku dapat kirim kat mak ayah walaupun sikit.
mak ayah aku tetap gembira. :)

Aku akan cuba untuk lebih bersabar.

No comments:

Post a Comment